Follow My Insta @shaklee_bestprices

Tuesday, September 30, 2014

Pengalaman Sendiri : Jerawat Kurang Dengan Shaklee


Assalammualaikum..



Alhamdulillah dekat dua minggu liya bergelut dengan final exam, harini dah ade free sikit nak mulakan blog, ihikks! untuk permulaan nih liya nak share dengan awak semua experience liya dengan Shaklee, kenapa guna shaklee, macam mana liya tau pasal shaklee, macam mana liya terus join jadi shaklee. ahhah cekidoutt!



setiap orang mesti ada maslah kulit muka kan. tipulah kalau muka licin flawless sampai takdak langsung cacat celanya. hamboihh! hehe. liya pun tak terkecuali tau. sebab liya sendiri ada masalah jerawat yang sangat sangat teruk. kawan liya sendiri dah tau macam mana skin condition liya sejak sekolah dulu. boleh kata tiap tiap hari ade je jerawat yang mekar tumbuh tanpa diundang. masalah jerawat, blackhead, bangun pagi terus tengok muka berminyak amat, parut jerawat, kulit kusam. 


setiap 3 bulan liya akan pegi klinik untuk cek condition liya. doctor cakap hormon imbalance. dia just bagi ubat apetah tapi tak sembuh pun. sama je result lepastu. jerawat pun masih setia jadi peneman atas muka. sebab tu liya faham sangat sangat perasaan orang yang ada problem jerawat nih. rasa down sangat lah. liya sendiri pun sanggup tak pegi kenduri depan rumah walaupun mak dan abah suruh. hahhaa ni lawak. sori mak abah. sebab muka berjerawat. sapa yang nak keluarkan biar orang lain tengok muka kite. 


lagi satu kite ni memang pendiam dulu. malas nak cakap dengan orang ramai sebabnya kau sembang je dengan orang tu, dia pulak kemainn lagi dok tenung jerawat kite lama-lama. dalam hati "macam tak penah tengok jerawat -,- ". hahhaah emo sangat aihh. lepas instagram dah femes dengan online business, kemain kite godek godek cari suplemen yang boleh rawat muka ni. tak sanggup dah dok biar lama-lama. kang tak pasai kena kanser kulit ke ape sebab muka teruk sangat. terus liya beli satu produk ni ehem ehemm (nama dirahsiakan). taktau salah produk ka atau salah sendiri yang tak cukup minum air kosong. haihhh


lepas tu terus ex rumate kite suggest shaklee. sebelum ni langsung tak penah tau shaklee tu apa. ingatkan untuk orang pregnant je sebab mak cik liya consume time dia tengah pregnant. liya sendiri peghatii je memang dah lama roomate kite nih makan shaklee. tapi liya assume shaklee ni same je cam produk lain dah tu mahal pulak. heheeh teruk benor kite dulu. lastly, entah macam mana cuti sem bulan mei lalu, liya saje seronok dok usha testimoni shaklee. ada satu haritu mak abah sendiri cakap kat liya makin teruk kulit kite nih. apalagi terus liya suggest shaklee. ahahh!


abah pun terus oder VITAMIN C + VITAMIN E kat kawan sebab dia member shaklee so bole la dapat murah sikit hehehew. baru 2 hari liya consume, mula dah start pening, rasa nak demam, badan berpeluh peluh. tapi liya relax je sebab before liya consume, liya sendiri dah baca yang first time user akan mengalami healing crisis. tu normal ye. suplemen tengah bertindak balas dengan badan kita. memang banyak air liya minum. tepi katil pun dah standby dengan botol air hehe. alhamdulillah, takde dah pening semua. 


masuk second week, liya oder ESP kat sorang akak ni. sebab teringin sangat nak bershake shake dan buat masker ESP. lagipun ESP ni bagus untuk pudarkan parut tau sebab ia renew sel kulit. alhamdulillah tak sampai sebulan dah nampak perubahan. kulit makin kurang dah dengan jerawat. takde dah muka berminyak, muka kusam. nampak makin putih ade la hahaa. lepas 3 minggu, liya add on ALFALFA pulak untuk buang toksin dalam badan. toksin la salah satu punca jerawat terjadi tau. selain tu, liya nak kurangkan alergik. sedap sangat makan tomyam seafood sampai tak hengat dunia esoknya nahh.. jerawat naik. sensitif betul kulit ni


sekarang jerawat ade la jugak naik tapi tak semeriah dulu. kalau dulu lagi dasyat bangat. so ni dia testimoni liya sendiri after 2 months consume VITAMIN C + VITAMIN E + ESP + ALFALFA. 




nampak tak gambar before tuu. teruk sangat kan. sampai parut jerawat berlubang. kronik sangat. alhamdulillah, walaupun muka tak licin flawless sepenuhnya lagi kite tetap heppi ;) sekarang pun liya konsisten makan shaklee sebab nak kulit betul betul pulih balik. sekarang ni liya plan nak beli ZINC + GLA COMPLEX pulak untuk kecutkan jerawat dan seimbangkan hormon. tapi kena tunggu bonus shaklee lah hahaa



so awak awak di luar sana yang ade problem macam liya, cepat cepat rawat tau. takut jadi lagi teruk. boleh try shaklee. liya percayakan shaklee sebab ia produk yang natural, selamat, halal dan tiada bahan kimia. so hujung julai haritu baru liya join jadi ahli shaklee under mentor kite, Kak Chacha. bile jadi member, haruslah nak dapat harga ahli yang murahkan. siap bole berbisnes lagi dengan shaklee. dah la yuran pun murah RM65 sahaja tak termasuk postage. pastu bile sale kebabomm boleh dapat duit bonus. tak payah pening duit ptptn tak cukup ke, kawan nak makan kat seoul garden ke hahh. banyak sangat benefits yang liya dapat.



lastly, apa yang liya nak pesan kalau boleh nak cari pencuci muka better cari yang based on natural product punya. baru la selamat dan yakin nak pakai untuk long term period. produk yang boleh cantik dalam 3 hari tu awak sendiri tak rasa pelik ke bahan apa yang dorang pakai sampai kulit boleh jadi cun putih flawless gituu dalam masa yang sangat singkat ? hahh pikir sendiri ye. so jadilah pengguna yang bijak okehh . 


nak cuba produk shaklee ? whatsapp liya terus yup ;)

Liya Azmi
whatsapp 017-5290462